MBDA Meteor
MBDA Meteor

MBDA Meteor

Meteor adalah sebuah peluru berpandu udara ke udara jarak melangkaui ufuk (BVRAAM) terpandu radar aktif yang dibangunkan oleh MBDA. Meteor menawarkan keupayaan tembakan berbilang (pelancar berbilang untuk menentang sasaran berbilang), dan kebolehan untuk bertempur dengan sasaran yang mempunyai kelincahan tinggi seperti jet dan sasaran kecil seperti UAV serta peluru berpandu kruis dalam persekitaran tindak balas elektronik (ECM) yang padat dengan jarak melebihi 100 kilometer (54 nmi).[4] Sebuah motor ramjet dengan bahan api pepejal membolehkan peluru berpandu ini meluncur pada halaju lebih daripada Mach 4 yang mana membekalkan peluru berpandu dengan tujahan dan pecutan di tengah penerbangan untuk memintas sasaran.[6][7] Pautan data dua hala pula membolehkan pesawat yang melancarkan peluru berpandu ini memberi kemas kini sasaran semasa penerbangan atau penyasarkan semula sekira perlu, termasuk data dari pihak ketiga daripada luar pesawat. Pautan data boleh menghantar maklumat peluru berpandu seperti status fungsi dan kinematik, maklumat berkenaan sasaran berbilang dan notifikasi berkenaan sasaran oleh penjejak.[3]

MBDA Meteor

Tempat asal Perancis / United Kingdom / Jerman / Itali / Sepanyol / Sweden
Sistempemanduan Panduan inersia, kemas kini semas penerbangan mellaui pautan data, terminal panduan radar aktif
Detonationmechanism Fius dekat/hentaman
Dalam perkhidmatan Sejak 2016
Kelajuan Lebih Mach 4
Berat 190 kg (419 lb)[2]
Warhead Letupan tinggi blast-fragmentation
Panjang 3.65 m (12 ka 0 in)[3]
Enjin roket berduktus pendikit boleh laras (ramjet)
Kos unit 2,000,000 (AS$NaN) (FY 2019)[1]
Jarakoperasi
  • In excess of 250 km (130 nmi);[4]
  • No-escape zone of 60 km (32 nmi)[5]
Pengeluar MBDA
Platformpelancaran
Diameter 0.178 m (7.0 in)
Jenis Peluru berpandu udara ke udara jarak melangkaui ufuk

Rujukan

WikiPedia: MBDA Meteor http://www.mbda-systems.com/product/meteor/ http://www.mbda-systems.com/products/air-dominance... https://www.aviation-report.com/36-stormo-caccia-a... https://www.defensenews.com/air/2018/06/29/south-k... https://www.defensenews.com/global/europe/2021/08/... https://www.flightglobal.com/news/articles/farnbor... https://economictimes.indiatimes.com/news/defence/... https://www.mbda-systems.com/product/meteor/ https://saab.com/air/weapon-systems/air-to-air-mis... https://saab.com/gripen/news/blog/gripen-blog/2019...